Semalam PRU 12. Adakah kamu kamu kamu keluar mengundi juga? Aku antara yang keluar awal ke pusat membuang undi bagi mengelakkan kesesakan. Parti yang aku pangkah tidak berjaya menambat hati penduduk dikawasanku dan beberapa kawasan lain sehingga ianya jatuh ketangan yang 1 lagi.
Aku sedih, tapi tidak kecewa.
Kenapa sedih dan tidak kecewa?
Aku tidak kecewa kerana aku yakin setiap individu yang diberi mandat akan berusaha menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya..
tetapi,
aku sedih melihat bangsa sendiri bertikam lidah, mamaki hamun, menyakiti hati satu sama lain dan bertindak liar dan ianya menguntung pihak yang 1 lagi. Kenapa ya?
Aku juga begitu beremosi ketika berbicara mengenai politik, tapi ianya bersifat sementara dan tiada kekasaran/ keganasan serta tiada sedikit pun foul words keluar mulut kecilku ini. mungkin sedikit sinis. Selesai pilihanraya, aku kembali normal. Tidak seperti mereka-mereka di sini yang seringkali memandang serong sehingga tidak bertegur sapa, berpecah belah, memulaukan mereka yang tidak sefahaman politik seperti mereka. persaudaraan tidak mengenal erti perbezaan politik.
Sungguh menyedihkan.
Orang-orang yang menyokong kerajaan dilabel “kafir” dan tidak layak dibuat kawan, malah untuk dipandang juga tidak layak. Siapa agaknya mereka itu untuk melabel orang lain kafir? Kafir atau tidak, ALLAH Maha Besar yang menentukkannya. Tidak tahu ditempat lain, nampaknya begitu disini. Ianya bukan perkara baru disini, aku terasa bahangnya dari dari saat aku mengambiltahu isu-isu politik yakni tahun 1999 hingga ke hari ini. Dan aku juga sudah terbiasa walaupun jiran selang sepintu dan beberapa pintu lagi membuat muka ketika aku mahupun family aku lalu dihadapan mereka. Tidak mengapa, aku tidak rugi atau untung apa2. Aku juga tidak meminta duit untuk membeli baju atau membeli frapuchino dari mereka. Bil ASTRO rumah aku juga dibayar ayah, bukan mereka. Dan jika ada dikalangan kami penyokong kerajaan ditimpa musibah atau berlaku kematian dan mereka2 ini yang melabel kami sebagai “kafir” tidak sudi menguruskan urusan itu kerana kami menurut mereka adalah “kafir” (walhal aku adalah seorang muslim dan menjalankan perintah-Nya), tidak mengapa. Mereka lebih arif apa akibatnya jika mengabaikan fardhu kifayah. Saya berkata tentang scenario yang berlaku di kawasan kediaman saya, bukan ditempat lain.
Owh mungkin aku sahaja yang bersikap judgemental, maafkan aku. My bad.
Apa-apa pun, kita (yang mendaftar dan keluar mengundi shj) sebagai rakyat Malaysia sudah pun menjalankan tanggungjawab masing-masing dan moga kita semua berpuas hati dengan susun atur yang baru ini. Ianya adalah pilihan kita semua. Mungkin ada kebaikkannya. Sesungguhnya Dia lebih tahu apa yang berlaku. Aku bukanlah seorang yang mudah berpuas hati tetapi aku sering redha dengan aturan yang telah ditentukan-Nya. Sikap tidak berpuas hati itu sebenarnya memotivasikan diri untuk menjadi lebih baik sehingga kepuasan itu dirasai. Bukanlah berniat menyalahkan takdir. Tapi orang lain seringkali tersalahanggap dengan menyatakan aku tidak bersyukur dan banyak songeh. Tidak sama sekali.
Being perfect is important though no one is perfect. Perfection is difficult to be achieved but work towards perfection is the best!
Owh, ini mungkin telah menyimpang dari isu asal. But who cares?
Oh ya! Selasa ini insyallah akan berakhirnya training aku sebagai seorang trainer. Walaupun kemampuan aku masih samar-samar, aku redha dengan pilihan ini. Jika orang yakin aku mampu, kenapa tidak aku?
aku masih dalam proses menghadam input yang diterima. Aku masih baru di industry ini. Jangan pernah mempunyai high expectation terhadap aku, walaupun 100% kemampuan masih belum diberikan. I just need more time.
Tuhan, permudahkan segalanya buatku, jika ini adalah yang terbaik untukku. Amin.~~
3 comments:
aku setuju dgn ko
kerana perbezaan fahaman politik, boleh putus saudara...
ape nak jadi dgn manusia sekarang
tak kira la dari pihak mane pun
semuanya sama
aku tak faham
agama Islam, da besar panjang, tak tau nak bezakan apa yg baik dan buruk
lantak lah nak sokong mane pun, tapi jgn sesekali bermusuh sama sndiri
'pihak' satu lagi tu bertepuk tangan gembira...
bangsaku, jika bukan kau yg pertahankan, sapa lagi?
Waah, a serious entry...ms wawa ade ciri2 politician pabila berckp mengenai politik. Bagus2. Teruskan usaha, ysaha tangga kejayaan....dok tunggu emah ni...die dtg unitar. Yeayy!!
@bulus: its ok bulus..just hope for the best. mereka pasti tahu apa yg mereka buat. anyhow, itu suara majoriti. life must go on.
kakwai: i mmg mahu jadi ahli politik! hahahaha
Post a Comment