Saturday, March 29, 2008

...


Perbualan ini sebenarnya dalam Bahasa Inggeris yang berlaku pagi tadi (26.4.2008)

“Muka awak nampak mendung sahaja hari-hari. Tak seronok ke?”

(senyum tak ikhlas)

“ Banyak sangatkah kerja di Section kamu?”

“ Tak banyak sangat. Mungkin belum lagi.”

“ Habis kenapa macam sibuk dan berkerut-kerut muka dari pagi sampai balik?”

“ Masih mahu manyesuaikan diri lagi. Nak bersembang pun tak ada topic menarik ”

“ Masih tidak selesalah ni. Jarang nampak kamu ketawa dalam office ya? Tapi saya pernah lihat kamu ketawa besar ketika makan itu hari.”

“Saya masih malu-malu.”

“Atau tak gembira sebenarnya?”

(senyum) dalam hati, bagusla kau tahu.

“ Berapa bulan sudah disini? 3 bulan? 4?”

“ 28hb ni genap 2 bulan.”

“ Baru lagi. Kamu akan membiasakan diri sedikit hari lagi. Sepanjang 2 bulan ini, bilakah masanya kamu gembira?”

"Bukan saya tidak gembira, cuma malu...saya okey. jangan bimbang. (senyum ikhlas..)

(Dalam hati) Makan tengahari, Keluar ke Surau, Toilet dan tiba masa balik. Asalkan bukan dalam pejabat ini.



ketika perbualan itu di taip pada selasa lalu, aku masih tidak punya kerja yang banyak.


Jumaat lalu - HECTIC!

kerja aku datang bertimpa-timpa. Tapi tak mengapa.


Bos aku banyak songeh.
aku bernasib baik kerana dia tidak memaki aku.
dia bernada tinggi tapi bukan menjerit.
aku masih boleh menerimanya.


aku telah membuat research untuk kerja yang diberi padaku itu sejak 1 minggu yang lalu.


tapi tidak mencukupi.

agaknya bos aku itu tidak baca betul- betul kot.

Sumber: * anggaran perbelanjaan mengikut institusi - institusi individu dan universiti yang berkenaan.


sebagai seorang pekerja baru, kuturutkan sahaja.


manager aku juga cakap,

"I think he didnt read this laaa. Haiyah..you try to get it la ok?"


aku terpaksa menalifon MOHE dan JPA untuk mendapatkan maklumat
(anggaran perbelanjaan belajar di luar dan dalam negara; tuition fee + cost of living)


malangnya panggilan dan email aku tidak berjawab.


apa aku mau jawab sama bos?


siapa mahu bantu aku?


sesiapa mempunyai itu maklumat dan data? (yang accurate kata bos)


tolonglah bantu, ok?

Tuesday, March 25, 2008

berjauh ... jantung


everybody seems so busy

and have very little time to spend with me

when can i be busy?

so that others will complaint

and start missing me..

just like what im doing now

...owh, i sound so selfish, self-absorb, so self-centered

(thats what i've been told)

p/s: My busy time, please come and save me!


Monday, March 24, 2008

lost and yet to be found


It is always interesting to talk about things that we like and we have knowledge on the subject matter.
But what if the other person(s) that we talk to is/are not interested?


It seems like we syok sendiri, isn’t it?


How can we determine whether or not the other persons are really listen
or cursing in silence and feel like want to take his/ her own life wanting us to stop talking?


This kind of thought and feelings explained why I refuse to have conversation with people;
especially someone new.


I am afraid I might kill them with my boring stories.


Unfortunately, I always been mistakably judged by people.


That is one thing.


Have you given something to someone else and now you want it back?

I did.


Have you ever encountered this?
Do you regret it?

I did.


Why should I give my favorite thing to someone else at the very first place?
But what if I didn’t know that it is my favorite until I’m at the state of wanting it?


That’s another thing.


And have you lost something that you are aware that it’s going to lose sooner or later?

and you done nothing?


What will normal people will or would do to prevent this from happening?

What will I do to make sure this won’t happen again?

I don’t know.

Maybe you should tell me.

Tuesday, March 11, 2008

hari ini sungguh indah, bagaimana dengan esok?

Sejak semalam aku mempunyai mood yang agak baik.

Bukan kerana berat aku kurang 1kg, tetapi disebabkan hari-hari aku bermula dengan indah; yakni tanpa kesesakan lalu lintas seperti biasa.

Mood dipagi hari pada aku sangat penting. Jika pagiku dimulai dengan perasaan ‘kelat’ maka ia akan terbawa-bawa hingga ke petang – selalunya.

Pagi tadi ketika memandu saga biru ku itu, aku tertanya, kenapa tiap kali cuti sekolah jalan akan sedikit lengang?

Bukan budak sekolah bawak kereta pun.

Jika hari sekolah pun tak berapa nk nampak bus sekolah yg menyebabkan jalan sesak.

Kalau nak kata parents hantar anak kesekolah, takkan begitu sesak?

Bila cuti sekolah kemana kereta2 itu pergi?

Selalunya untuk ke tempat kerja, aku mengambil masa hampir 1 jam; 7:00 keluar rumah, 8:00 sampai office.

Semalam dan harini – 7:30 keluar rumah, 7:55 sampai office.

Hebat bukan?

Esok mungkin aku akan cuba keluar lebih lambat untuk memastikan aku sampai jam 8:15.

Oleh itu, aku boleh melambatkan waktu tidurku untuk ini malam!


p/s: aku kini mempunyai fruitname & western name yang diberikan oleh officematesku - Cik Epal & Miss Lambchop. WTH? sungguh aku tak faham apa kaitan 2 makanan itu dengan aku?


Monday, March 10, 2008

training to trainer is over

happy..

happy..

happy..

my training end a day earlier..... it should be on tuesday, but we managed to finish things up today.

tomorrow i'll start doing admin work since i yet have any class. i now have 1 assignment in my portfolio. my colleague is leaving, so she hand over her thingy and now its become my responsibility. i tell you, i loike doing admin stuff. it shud be fun tho it looks so boring. well, im a boring person, so it shud be no problem.

my first class will be in early April where i need to go to Kota Bharu for 3 days to conduct Product Training and Consultant Basic Training Course (CBTC). im nervous, yet excited. ive equipped myself with all the knowledge, but we'll see how it goes. i can't wait!

**im craving for java chip frappucino. yet i have no time to get one!

Sunday, March 9, 2008

i just need more time


Semalam PRU 12. Adakah kamu kamu kamu keluar mengundi juga? Aku antara yang keluar awal ke pusat membuang undi bagi mengelakkan kesesakan. Parti yang aku pangkah tidak berjaya menambat hati penduduk dikawasanku dan beberapa kawasan lain sehingga ianya jatuh ketangan yang 1 lagi.


Aku sedih, tapi tidak kecewa.


Kenapa sedih dan tidak kecewa?

Aku tidak kecewa kerana aku yakin setiap individu yang diberi mandat akan berusaha menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya..


tetapi,

aku sedih melihat bangsa sendiri bertikam lidah, mamaki hamun, menyakiti hati satu sama lain dan bertindak liar dan ianya menguntung pihak yang 1 lagi. Kenapa ya?


Aku juga begitu beremosi ketika berbicara mengenai politik, tapi ianya bersifat sementara dan tiada kekasaran/ keganasan serta tiada sedikit pun foul words keluar mulut kecilku ini. mungkin sedikit sinis. Selesai pilihanraya, aku kembali normal. Tidak seperti mereka-mereka di sini yang seringkali memandang serong sehingga tidak bertegur sapa, berpecah belah, memulaukan mereka yang tidak sefahaman politik seperti mereka. persaudaraan tidak mengenal erti perbezaan politik.


Sungguh menyedihkan.


Orang-orang yang menyokong kerajaan dilabel “kafir” dan tidak layak dibuat kawan, malah untuk dipandang juga tidak layak. Siapa agaknya mereka itu untuk melabel orang lain kafir? Kafir atau tidak, ALLAH Maha Besar yang menentukkannya. Tidak tahu ditempat lain, nampaknya begitu disini. Ianya bukan perkara baru disini, aku terasa bahangnya dari dari saat aku mengambiltahu isu-isu politik yakni tahun 1999 hingga ke hari ini. Dan aku juga sudah terbiasa walaupun jiran selang sepintu dan beberapa pintu lagi membuat muka ketika aku mahupun family aku lalu dihadapan mereka. Tidak mengapa, aku tidak rugi atau untung apa2. Aku juga tidak meminta duit untuk membeli baju atau membeli frapuchino dari mereka. Bil ASTRO rumah aku juga dibayar ayah, bukan mereka. Dan jika ada dikalangan kami penyokong kerajaan ditimpa musibah atau berlaku kematian dan mereka2 ini yang melabel kami sebagai “kafir” tidak sudi menguruskan urusan itu kerana kami menurut mereka adalah “kafir” (walhal aku adalah seorang muslim dan menjalankan perintah-Nya), tidak mengapa. Mereka lebih arif apa akibatnya jika mengabaikan fardhu kifayah. Saya berkata tentang scenario yang berlaku di kawasan kediaman saya, bukan ditempat lain.


Owh mungkin aku sahaja yang bersikap judgemental, maafkan aku. My bad.


Apa-apa pun, kita (yang mendaftar dan keluar mengundi shj) sebagai rakyat Malaysia sudah pun menjalankan tanggungjawab masing-masing dan moga kita semua berpuas hati dengan susun atur yang baru ini. Ianya adalah pilihan kita semua. Mungkin ada kebaikkannya. Sesungguhnya Dia lebih tahu apa yang berlaku. Aku bukanlah seorang yang mudah berpuas hati tetapi aku sering redha dengan aturan yang telah ditentukan-Nya. Sikap tidak berpuas hati itu sebenarnya memotivasikan diri untuk menjadi lebih baik sehingga kepuasan itu dirasai. Bukanlah berniat menyalahkan takdir. Tapi orang lain seringkali tersalahanggap dengan menyatakan aku tidak bersyukur dan banyak songeh. Tidak sama sekali.


Being perfect is important though no one is perfect. Perfection is difficult to be achieved but work towards perfection is the best!


Owh, ini mungkin telah menyimpang dari isu asal. But who cares?


Oh ya! Selasa ini insyallah akan berakhirnya training aku sebagai seorang trainer. Walaupun kemampuan aku masih samar-samar, aku redha dengan pilihan ini. Jika orang yakin aku mampu, kenapa tidak aku?

aku masih dalam proses menghadam input yang diterima. Aku masih baru di industry ini. Jangan pernah mempunyai high expectation terhadap aku, walaupun 100% kemampuan masih belum diberikan. I just need more time.


Tuhan, permudahkan segalanya buatku, jika ini adalah yang terbaik untukku. Amin.~~


Friday, March 7, 2008

mickey mouse club

he took my breath away~~


JC & Tony Lucca


he always will....


JC
, i muahxxx u!

Monday, March 3, 2008

bukan aku, tapi mereka

hari ini hari isnin. i love Monday..(not!)
aku tertunggu-tunggu orang bertanyakan hari aku, namun tiada. orang itu juga belom tanya lagi.
di saat aku mula berasa sedikit lega. mungkin kerana sudah terlali dengan apa yang sedang aku lakukan. owh bukan lali, masih bersisa tetidak biasaan, cuma sedikit perasaan terbiasa. pagi ku seperti biasa, aku perlu membuat presentasi "Business Ethics in Islam" bagi Certificate In Takaful Practice; course yang bakal aku conduct di Tawau bulan Mei. Ah, itu kerja biasa. aku lebih runsing membentangkan tajuk-tajuk lain yang akan aku practickan bulan April nanti. lebih technical dan mengelirukan.

aku ke launch product baru oleh MAA; IncomePRO. aku hanya pergi kerana disuruh oleh manager. terasa seperti seorg yang penting. aku tidak pernah rasa sebegitu penting. tapi aku dan rakan tidur ketika selesai pelancaran, ketika orang department itu menerangkan product tersebut kepada MAA insurance consultants. ahh..aku sudah dengar briefing itu khamis lepas...tidak perlu mendengar siaran ulangan.




ketika sedang aku berbalas email dengan seorg chachat bernama pok ngah, telipon aku berdering, "Farah, come to my office now.." kata suara di hujung talian. Alamak! Mampuh, dia nampak aku curi tulangkah? pakngah ah ni!

"please, have a sit"

"thank you"


"so, hows your work so far?"


"erm, so far so good. but there are things that need to be polished up, i guess.."

"ya ya, i'm not worry about that. its good you're doing good. your manager said you're a fast learner. i'm not worry.."


"(what the hell aku fast learner???) (sengeh sumbing)"


...dan dia merepek2 lagi yang mana aku tak kose nk amek perhatian dan melayan...

"ok?"


"okeyh...thx mr. woo.."


dan aku berlalu...

demmit! selama ini aku stress gile, dia kata aku fast learner? kalau cakap awal-awal takde la aku stress sehingga mahu menangis bangun dipagi hari!

---aku masih tunggu diherdik kerana dia seorg yang bereputasi untuk mengherdik orang sesuka hati. mungkin aku masih fresh dan nampak sangat inesen maka tidak kesampaian hati dia untuk mengherdik dan memaki hamun aku. mungkin waktuku belom tiba. aku sudah bersedia.