Friday, April 11, 2008

jika yang kau sepak itu bola..

aku baru habis tonton analisis UEFA CL (or whatever you guys call it).

aku rasa orang pasti muak dan mengatakan aku sgt poyo jika aku bercerita betapa sukanya aku pada sukan bola sepak ini. ya. aku tidak pernah mencuba bermain bola sepak ini lebih dari 1 kali. kalau futsal juga diklasifikasikan sebagai bola sepak (pada aku bola sepak adalah bola sepak, futsal adalah futsal), maka aku telah bermain permainan ini 4 kali sepanjang usia aku.

kalau kamu semua lihat cara aku menonton sukan ini, pasti korang fikir aku mempunyai pengetahuan yang luas. uhuk! tidak sama sekali. aku masih tidak dapat cam bilakah masanya offside. aku sungguh malu.

kamu semua pasti fikir gadis-gadis yang suka menonton sukan ini hanyalah kerana semata-mata mahu melihat lelaki gagah yang sedikit manes ataupun kerana lelaki yang mereka sukai menyukai permainan ini.

mungkin.

tapi pada aku, selain lelaki-lelaki yang gagah dan manis, aku menyukainya kerana kesenian sukan itu sendiri. berseni sungguh. betul. aku tak tipu. itu pada pandangan aku. aku sangat kagum dengan kebolehan mereka berlari-lari sebegitu jauh dan pantas sambil mengelecek bola. itu bukan lah mudah pada aku (mungkin sebab aku insan yang lemah).

jika di tanya position manakah yang aku suka tonton. jawapan aku pasti pertahanan.

kenapa? (tanya gadis-gadis)

mungkin korang kena tonton sendiri.


*** aku mungkin tidak patut berbuat perkara yang sudah aku buat semalam. kenapa aku bertindak begitu? sekarang dia sudah takut (atau malu??).

5 comments:

Anonymous said...

cutenye entry kali ni...

Anonymous said...

errr...
kalau u tgk bola dgn i
i bleh analisakan gem untuk u
kan betul i kate manu menang 2-1
i sedih sebb takde stesen tv nak amik i jadi penganalisa sukan bola sepak... T_T

ezwarazali said...

@kak wai: cute eh? mcm i kan? haha

@bulus: u hntr resume la..u mmg kachak! tepat sekali ramalan mu itu..Barca vs. MU..baper?

Anonymous said...

barca vs manu?
1st gem kat nou camp kan?
aku yakin manu leh menang, or at least seri kat sane
tapi kan, i lebih suka jumpa Barca kat final dari manu
sebab barca lagi senang nak 'makan'
heeee~

pjOyrawks said...

saye suke tgk bola juge!! mmg bseni dan juge manes2 playersnye.. so tevez blk x mlm ni? ke turn aku eyh?