hallo kawan-kawan.
saya masih dalam mode malas mahu menghupdate.
tapi since nina and tya darling suruh update, maka saya tunaikan permintaan suci mereka. =P
last 2 weeks saya ke tawau. best ke? (tanya officemates)
biasa-biasa saja. jawab saya. sangat bosan tahu bila ke tempat orang dan berseorangan.
last week saya pulang ke rumah atok di manjung jemput mak dan zarul setelah mereka pulang ke sana ketika saya ke tawau dan ayah ke penang atas urusan kerja.
saya memandu sendirian sahaja. pertama kali. selalu ada ayah sebagai co-pilot, atau mak sebagai peneman takut aku mengantuk. selalu ianya mengambil masa kira-kira 4 jam dari rumah ke manjung melalui lebuhraya utara selatan keluar exit bidor. tapi sabtu lalu, 3 jam sahaja. seronok rupanya memandu laju diatas highway berseorangan.
selepas bermalam dirumah makcik nie di sri manjung, kami bertolak ke kuala kangsar kerana mahu melawat sepupu yang baru melahirkan. bayi perempuan. sangat comel. hidung sedikit peyek. mungkin dalam gene.
hari ni sudah dapat schedule training untuk july - september. nampaknya kota bharu bakal menjadi rumah ke-2 aku since trainer branch KB resigned.
duit dalam purse ada rm170 sahaja sehingga jumaat ni (gaji aku setiap 23hb). itu pun duit pemberian ayah dan baki dari duit minyak ayah bagi untuk jemput emak dan zarul. banyak benda mahu dibeli dan budget agak tight sehingga bulan depan.
kasut konvo tak beli lagi
cd xp tak byr lagi ke ngahaha + upah lelah beliau
hutang tudung yang aku beli 4 helai tak habis bayar lagi
upah jahit baju konvo pun belum bayar
bulan depan roadtax kena renew (nasib service kereta ayah dah bayarkan)
baju baru untuk national sales congress di genting bulan depan belum beli lagi
officemates ajak karaoke lagi
janji mahu simpan duit untuk bayar tambang sendiri dan zarul ke bandung raya nanti masih belum tertunai
etc.
hari ini busy. dateline hujung bulan ini. tapi arrogant itu singgah di meja. aku gembira walaupun dia hanya nak confirmkan nama aku dan extension number aku serta puji wallpaper Man.Utd aku cantik dan aku tidak seperti gadis yang berminat dengan sukan perbolaan.
esok final CL; Man Utd vs. Chelsea
yang pasti aku akan tidur sejurus pulang dari kerja untuk aku bangun jam 2 pagi untuk menonton.
keesokannya, aku akan menghadiri interview jam 9 pagi. aku tidak mahu kerja itu. aku sudah gembira dia tempat sekarang. mak suruh aku pergi kerana kerja kerajaan dan gaji lebih sedikit dari sekarang dan dekat sangat dengan rumah.
entah la labu.
jumaat ini gaji. tapi tak boleh belanja sakan. banyak tanggungjawab. ewah. kerana tugas aku memerlukan aku travel, duit kena sentiasa ada. takkan setiap kali mahu ayah bagi kan? masuk ni sudah 2 kali travel. dan 2 2 kali tu jugaklah ayah bagi duit.
sabtu rakan sekolah kahwin. mahu menjenguk muka sebentar dan jumpa kawan-kawan lama. kemudian mahu jumpa kawan-kawan uitm di midvalley mungkin.
ahad masih tiada rancangan.
sekian.
**aku tidak sabar mahu jumpa kawan-kawan 31hb ni.
2 comments:
update
jumaat mggu lepas: masuk gaji
jumaat sok ari: masuk gaji lagi
hahahaha...
so tak mau ka anda kawin dgn saya?
hahahahaha
gua da makin sengal~
sudah kaya ka?
mau! mau! mau!
hahaha...
Post a Comment