Thursday, November 20, 2008

...masih di jb

Aku masih di Johor Bharu.

Aku bosan.

Aku letih.

Kaki aku sakit.

Jiwa aku kacau




sebab bilik hotel aku tiada ASTRO.

Tidakkah mereka sedar orang-orang macam aku yang selalu travel begini berseorangan lagi yang tidak tahu mencari hiburan amat memerlukan ASTRO?


ASTRO pada aku di hotel amat diperlukan seperti aku memerlukan udara, nasi, dan air mineral.
Menambahkan lagi kesengsaraan aku apabila TV yang ade, kabur.


Aku bukan la seorang yang sangat demand. Tapi cukuplah jika TV3 atau 8TV cantik sedikit. Kalau goyang2 gitu camno mokcik nak tengok?


---


Sepanjang 2 hari aku di JB lunch aku di taja oleh consultant- consultant yang menjadi participant kelas aku. Masa di Kluang tempoh hari aku acapkali menolak ajakan mereka, dengan alasan yang diberikan, aku tidak makan lunch tanpa mereka mengetahui alasan yang sebenar adalah kerana aku baru kenal mereka dan aku tidak selesa. tapi kali ni, apa salahnya kan since dah kenal.

Hari pertama, aku naik kereta seorg konsultant yang agak boleh tahan (Mr. J) dan dia sudah berkahwin. Turut serta seorang consultant lain Mr. S dan seorang staff yang juga peserta kelas aku Mr. N.

Semasa di Kluang, Mr. J sangat sempoi. Datang ke kelas dengan hanya memakai jeans dan jersi MU yang membuatkan aku memberi perhatian lebih pada dia. Pertamanya kerana dia berpengalaman dalam bidang pelaburan dan juga kerana jersi yang dipakai serta perwatakan yang menarik serta seorang yang sangat sempoi dan gila.

Kali ni dia hadir siap berkot dan bertali leher. Mungkin kerana kelas kali ini pada hari bekerja. Segak. Bila dia ajak naik kereta dia, lagi la aku terpegun. Dia begitu muda (belum 30) sudah berupaya memandu kereta Honda baru. Baru beb! Dan bila dirisik, dia merupakan antara top consultant di JB. Anak 2 orang dan sangat comel.

Apa yang aku cuba sampaikan disini ialah :




Barang baik sememangnya laris di pasaran.

3 comments:

farahayuni said...

tak bley blah ayat last ko.hahahah

ezwarazali said...

well...u know me. =)

Anonymous said...

LoL...melepas-ed!!