Sunday, December 14, 2008

bodoh. tapi tak sombong.

aku tau aku tak bodoh.

tapi kenapa aku asik fikir yang aku ni bodoh?

bodohkah aku?

aku tau aku tak sepatutnya mempersoalkan kerja Tuhan.

aku bodoh - bodoh berfikir kenapa dan kenapa. bagaimana orang itu begitu. kenapa aku tak boleh?

bodoh kan?

banyak benda yang bermain-main dalam benak aku ni. aku mau fikir jauh. tapi kadang- kadang sangat jauh sampai tak tahu boleh capai ke tak.

zaman belajar dulu aku sangat bercita-cita tinggi. cthnya, habis belajar je nak sambung master. nak buat itu ini.

sudahnya sekarang aku stuck dengan kerja yang aku tidak suka pun. master ntah ke mana.

aku envy bila kawan-kawan lain sudah mulakan langkah dengan master mereka. tapi kata ayah, kalau tak mahu mengajar, buat apa amek master?

tapi itu cerita lain. aku akan cuba cari ruang dan waktu dan juga duit sendiri untuk lunaskan janji-janji aku pada diri sendiri.

banyak benda aku fikir lagi ni.

ah! macam-macam la.

payah la nak cerita.

cuma apa yang aku nak tegaskan kat sini untuk remind diri sendiri,


... aku tak bodoh. cuma mungkin takda rezeki. mungkin rezeki belom kunjung tiba.

aku yakin sikit hari lagi. pintu peluang aku masih tertutup.




pesanan untuk rezeki/ peluang: jangan lupa ketuk pintu ye? saya tunggu.




*** waktu-waktu gini sesuai sangat la utk aku menyanyikan lagu hampir ke situ. sebab aku mungkin tak lama lagi akan hampir ke situ.

No comments: