kenapa manusia mengatakan kehidupan itu complicated dan tidak adil?
aku juga pernah berfikir begitu. dan masih setuju dengan istilah itu. kadang-kadang.
makin aku dewasa, aku tidak fikir kehidupan aku complicated. cuma kadang-kadang aku yang membuatkannya susah dan menyalahkan kehidupan. terutamanya bila aku tidak mampu dapat apa yang aku inginkan.
tapi seorang sahabat pernah berkata bahawa dalam kehidupan, kita takkan dapat semua yang kita inginkan. jika inginkan sesuatu, kita terpaksa lepaskan yang lainnya.
tapi bukankah manusia layak dapat apa yang mereka ingin dan impikan?
sahabat lain juga pernah menasihatkan supaya aku bekerja keras untuk mendapatkan apa yang aku inginkan.
tapi kadang kadang aku mengalah terlalu awal. aku terlalu takut untuk kalah maka aku beralah supaya aku tidak terasa sakit apabila kalah.
hakikatnya, ianya lebih memeritkan apabila aku tidak tahu bahawa peluang untuk menang atau dapat apa yang aku mahukan itu ada atau tidak. kerana aku tidak mencuba. atau mencuba tetapi separuh jalan.
ianya menyakitkan. dan complicated sungguh hidup ini.
** aku down. but i force myself to smile.
3 comments:
WQT9**7 :wow... new layout... more age appropriate. huhu.
itulah kehidupan babe
kadang² kau dapat melihat dan berharap, tapi tak kan dapat memiliki. sigh~~
siapakah kamoo wahat WQT? adakah kamu kereta yang bernama leng leng?
@bulus: ya. aku amat paham itu. aku juga harush mengeluh bersama kamoo..
Post a Comment