Tuesday, March 8, 2011

en-route

kadang-kadang manusia boleh menjadi begitu pelik. kebanyakkan masa, manusia adalah pelik.

aku pelik dengan perangai orang sekeliling.

kadang-kadang aku juga pelik dengan diri sendiri.

cuba tanya diri, apa sebenarnya anda inginkan dalam hidup?

aku bertanya diri sendiri setiap hari, apa sebenarnya yang aku mahukan.

apabila diri mahukan sesuatu, kita sepatutnya berusaha ke arah apa yang kita mahukan.

tapi bukan semua manusia begitu. ada antara kita mahukan sesuatu, tetapi hanya duduk menunggu, berharap keinginan tu datang jatuh dari langit.

mungkin kerana tiada keyakinan pada diri sendiri.
mungkin kerana tiada moral support dari orang-orang kesayangan.
mungkin kerana takut susah.
mungkin kerana ego tinggi.
mungkin takut dimalukan.
dan seribu kemungkinan lagi.

manusia juga seringkali menyalahkan keadaan jika tidak tercapai apa yang manusia inginkan.

manusia juga seringkali berputus asa jika yang diharapkan menjadi tidak seperti yang diharapkan.

apabila kecewa, teruskan berharap.
doa tanpa henti.

namun manusia cepat berputus asa.
apabila doa tidak dijawab oleh-Nya,
berputus harap. kecewa lebih lagi.

mengapa tidak teruskan berdoa?
tapi, doa tanpa usaha sama seperti mengosok gigi tanpa colgate.
gigi bersih, tapi mulut tidak wangi.

tapi bagaimana bagi manusia yang berdoa dan berusaha?

tiada rezeki, kata mereka. mungkin belum.

manusia jugak tidak pernah puas dengan apa yang Dia telah beri.
manusia mahukan yang lebih, dan lebih lagi. dan lebih.

pada mereka yang berhenti pada titik mereka rasa cukup,
di katakan tidak bercita-cita tinggi atau mudah berpuas hati.
jika ada Myvi, mahukan Honda.
jika ada Guess, mahukan Tissot.
jika ada Nokia, mahukan Blackberry.
dan seterusnya.

menyedapkan hati sendiri, Manusia hanya mahu terlihatnya peningkatan hidup.
tapi untuk apa?
untuk siapa?
kepuasan diri?
bukankah manusia tak pernah puas?











aku hanya berkata tentang diri sendiri.


aku manusia yang pelik.

No comments: