Friday, June 6, 2008

pecah kaca pecah gelas

aku rasa hati aku sudah pecah

kali ini betul - betul pecah.

boleh sambung balik ke?


***i cant make u heart me.

aku.seekor.semut

semalam i derma darah.

for the very first time.

tak sakit pun.

tapi lebam lengan.

kata nurse, aku tak tekan kuat2 lepas dia bukak jarum tuh.

tapi kata abg mat, nurse tu salah cucuk

harini makin menjadi2 lebamnye. dan sakit.

buruk tgn i yg mulus ini.

hak hak



semalam



harini
(dlm gmbr tak nmpk teruk pulak...)


*** org itu jadi tukang amek gmbr semalam. byk gambar i rasanya. nnt nak mintak lah. hik hik

Wednesday, June 4, 2008

matsuri

aku sakit pinggang.

buat packing dah 2 hari.

hari ni dah masuk t-shirt + leaflets + notepad + etc + meal voucher = 655 bags

dah masukkan dalam i dont know how many kotak.

esok sambung lagi.

next week kami naik Genting 5 hari. ada national congress.




rushing balik. minyak naik. kawan2 nasihatkan isi penuh.
tunggu 1 hour ++. dapat isi RM36 shj sebab semalam dah isi RM30.
dalam menunggu giliran..memula bukak jaket, tunggu 10 minit bukak pin tudung kat bahu, 10 menet lagi buang anak tudung, tunggu lagi, then pin kat bwh dagu, 12 menet bukak tudung. naseb giliran dah sampai. kalau tidak, tatau bukak apa pulak dalam kereta tuh.





*** kenapa aku tak boleh senyum or pandang dia dan dia? bila dia dan dia lalu shj, aku tunduk. tak salah aku senyum bukan? kesian dia A. 2 kali sudah try buat eye contact, aku lari.

Sunday, June 1, 2008

to friends, mummy and daddy

hey there!
know what? i am so happy today tho im so exhausted . in fact, i am still smiling while flipping thru pics taken this afternoon on my convocation day.

this place means something for me. its the place where i met new friends, i fell in love, few crushes (hik hik), being independent, learn so many things - academically and things about life.

i felt quite disappointed since i had no chance to pose with some of me friends, but its okay.

thanks for ngah and nina for coming - walaupun sesat di dalam uitm. hik hik. thanks for the flowers dan juga itu cekelat. tapi big thanks sebab datang. it means a lot. when i say a lot, it means A LOT!

thanks for my lil bro and his girl for the flowers + bear. mereka share duit. sweet bukan?

dikesempatan ini, diriku yang hina dina ini ingin menghulur sepuluh jariku yang pendek dan mulus ini memohon ampun dan mahap kepada rakan-rakan seperjuangan; terutamanya pada mereka yang banyak mengabiskan masa dengan diriku ini dengan sengaja atau tidak sengaja ataupun terpaksa seperti : -

my babes - Tya Love, Jane Love, Kak Jah Love, Fer. i'm sure sedikit tak banyak =P mesti ada buat salah dan silap. dan terima kasih sebab banyak membantu secara ikhlas mahupun tidak..haha..its been a great journey. we were not always that happy, but i was so happy when u guys were around.

my moks - we had fun. we laughed at others and we laughed at ourselves (aku tau korang pun ade gelak kejikan aku...) you guys rock! love ya, mok! promise every month lepas gaji turun Mid ehhh...kita bowl!

for mummy and daddy; tho wa tau u guys will never read this. thanks for the endless support (morally and financially). hope i've made u both proud and happy, so far. promise u, more to come... *hugs*

jamahlah sedikit hidangan yang ada ni, k..


they are they - .heart.


i. heart. each. of. you


pasangan brangenina (it doesnt mean u adalah brad pitt ok, ngah..)


si penglipurlara


mereka si backbancher; saya si middle-bancher?



tak tahan dah..


bye. bye love



from; zarul & fwend, mummy & daddy, ngah & nina



** saya telah tinggalkan budak bermain keyboard itu di dewan sri budiman. terima kasih kerana menghiburkan saya petang tadi. indah sungguh ciptaan Tuhan. semoga ketemu lagi, ya? hahaha


Friday, May 23, 2008

perfect. just perfect.


early morning : my fave team is the king of europe
morning : the interview went well. dapat pun takpe..tak dapat pun takpe since aku dah happy kat tempat sekarang.. =)
evening : DAVID COOK won the AMERICAN IDOL! he was so Hot!







bye.

Tuesday, May 20, 2008

angels brought me here

hallo kawan-kawan.

saya masih dalam mode malas mahu menghupdate.

tapi since nina and tya darling suruh update, maka saya tunaikan permintaan suci mereka. =P

last 2 weeks saya ke tawau. best ke? (tanya officemates)

biasa-biasa saja. jawab saya. sangat bosan tahu bila ke tempat orang dan berseorangan.

last week saya pulang ke rumah atok di manjung jemput mak dan zarul setelah mereka pulang ke sana ketika saya ke tawau dan ayah ke penang atas urusan kerja.

saya memandu sendirian sahaja. pertama kali. selalu ada ayah sebagai co-pilot, atau mak sebagai peneman takut aku mengantuk. selalu ianya mengambil masa kira-kira 4 jam dari rumah ke manjung melalui lebuhraya utara selatan keluar exit bidor. tapi sabtu lalu, 3 jam sahaja. seronok rupanya memandu laju diatas highway berseorangan.

selepas bermalam dirumah makcik nie di sri manjung, kami bertolak ke kuala kangsar kerana mahu melawat sepupu yang baru melahirkan. bayi perempuan. sangat comel. hidung sedikit peyek. mungkin dalam gene.

hari ni sudah dapat schedule training untuk july - september. nampaknya kota bharu bakal menjadi rumah ke-2 aku since trainer branch KB resigned.

duit dalam purse ada rm170 sahaja sehingga jumaat ni (gaji aku setiap 23hb). itu pun duit pemberian ayah dan baki dari duit minyak ayah bagi untuk jemput emak dan zarul. banyak benda mahu dibeli dan budget agak tight sehingga bulan depan.

kasut konvo tak beli lagi

cd xp tak byr lagi ke ngahaha + upah lelah beliau

hutang tudung yang aku beli 4 helai tak habis bayar lagi

upah jahit baju konvo pun belum bayar

bulan depan roadtax kena renew (nasib service kereta ayah dah bayarkan)

baju baru untuk national sales congress di genting bulan depan belum beli lagi

officemates ajak karaoke lagi

janji mahu simpan duit untuk bayar tambang sendiri dan zarul ke bandung raya nanti masih belum tertunai

etc.


hari ini busy. dateline hujung bulan ini. tapi arrogant itu singgah di meja. aku gembira walaupun dia hanya nak confirmkan nama aku dan extension number aku serta puji wallpaper Man.Utd aku cantik dan aku tidak seperti gadis yang berminat dengan sukan perbolaan.

esok final CL; Man Utd vs. Chelsea
yang pasti aku akan tidur sejurus pulang dari kerja untuk aku bangun jam 2 pagi untuk menonton.

keesokannya, aku akan menghadiri interview jam 9 pagi. aku tidak mahu kerja itu. aku sudah gembira dia tempat sekarang. mak suruh aku pergi kerana kerja kerajaan dan gaji lebih sedikit dari sekarang dan dekat sangat dengan rumah.

entah la labu.

jumaat ini gaji. tapi tak boleh belanja sakan. banyak tanggungjawab. ewah. kerana tugas aku memerlukan aku travel, duit kena sentiasa ada. takkan setiap kali mahu ayah bagi kan? masuk ni sudah 2 kali travel. dan 2 2 kali tu jugaklah ayah bagi duit.

sabtu rakan sekolah kahwin. mahu menjenguk muka sebentar dan jumpa kawan-kawan lama. kemudian mahu jumpa kawan-kawan uitm di midvalley mungkin.

ahad masih tiada rancangan.

sekian.

**aku tidak sabar mahu jumpa kawan-kawan 31hb ni.

Wednesday, May 7, 2008

if life is so short

sangat lama tidak memblog. sedikit busy dan lappy hitam segak bergayaku masuk hospital. memblog guna lappy adek tidak syok! sekarang lappy i sudah kembali dan banyak benda hendak buat tapi later2 la kan?

saya di tagged oleh Chat si rakan saya dan juga Ngahaha sahabat baik Chat mengenai 7 benda. kenapa 7?


7 RANDOM FACTS ABOUT ME

1) Hot-tempered – sangat-sangat ok? I get annoyed easily especially when things didn’t go my way. May parents said that maybe I’m too pampered. But I don’t think its relevant. Trying to change.. Struggling.

2) Easily bored – especially bila kena menunggu. When it happens, refer to no. 1.

3) Find that sportsman and musician are very attractive although muka mereka tak berapa boleh nak blah. Kalau manes seperti Ronny, itu bonus!

4) Suka bawak kereta manual dari automatic. Rasa sangat ganas bawak kereta manual,ok?

5) I’m a cry baby.
Tengok cerita sedih – menangis.
Cerita cinta – menangis.
Kena tegur – menangis.
Lambat sampai sekolah – menangis.
Ayah jemput lambat pada ketika aku sangat bosan nak balik sangat2 – menangis.
Zarul kata aku gemok – menangis.
Lepas marah-marah zarul – aku yang menangis.

Kaedahnya, aku memang suka menangis.
1 peristiwa during orientation. Lepas ‘Aku Janji’, semua dalam dewan menyanyi lagu UiTM Di Hatiku’ kot, air mata aku meleleh2 sebab terbayang-bayang waktu aku belajar kat sekolah sebab nak masuk universiti sbb aku teringat ayah kata kalau aku tak masuk universiti ayah suruh aku kerja kilang. Dia taknak tolong aku cari kerja atau hantar private college. Oleh sebab taknak kerja kilang, aku belajar bersungguh-sungguh utk SPM lepas aku main2 time PMR. Sungguh tak sangka aku berjaya jugak masuk universiti. Tambah-tambah bila lirik lagu tuh macam menyengat jiwa dan raga ku ini.Aku masuk U mungkin juga kebenaran kata2 Umi (kakak ayah). aku tak suka makan sayur masa kecik2. tapi dia kata kalau nak masuk U, kena makan sayur.maybe jugak aku masuk U sebab aku makan sayur..

6) Anti dengan perempuan ambik suami /boyfriend orang dan lelaki yang dah kawin tapi mengatal dengan anak dara orang. Sapa – sapa yang berkenaan dengan apa yang disebut diatas, sila jangan cerita sama aku kalau takmo di laser. If the person is a friend of mine, I will definitely tentang habis-habisan.

7) Saya sebenarnya sangat pemalu. Dan saya rasa laki laki yang pemalu dan laki laki arrogant sangat hot.


7 THINGS THAT SCARES ME

1) lorry besar yang bawak laju2 time aku sedang memandu. It scares me like hell.

2) to lose persons that I love; especially my parents. I know that sooner or later I will lose them eventually, but now, I am not that ready. I can’t live without my mum and I don’t think I can survive without my dad.

3) bila bangun tido I realize yang aku sebenarnya dah tak hidup. Especially bila the previous day aku masam muka or gaduh sama my parents or my lil bro and tak sempat says sorry or tell them how much I love them because I rarely say it or show it. the way I show my love to others is funny and quite different.

Or before tido aku malas nak solat. Sekali dah mati, macamana?

4) Presentation. Especially when I’m not very good in that certain area and every eyes laid on me. Terrible.

5) People get me wrong.

6) Duit takda sebab tak boleh beli barang!

7) Jadi janda or balu.


7 RANDOM MUSIC AT THE MOMENT

1) Hello (Cover Version) – David Cook
2) Sorry – Buckcherry
3) Hanya Engkau yang Mampu – Aizat AF5
4) Usah Lepaskan – Taufik Batisah [Pak Ngah ah ni penyebab aku dengar lagu yang memilukan ni balik]
5) With You – Chris Brown
6) Menjaga Hati – Yuvie & Nuno?
7) Inconsolable – BSB


7 THINGS I SAY THE MOST

1) “Ape cer?”
2) “..ni membangkitkan perasaan marah ni!”
3) “ ..mongek”
4) “ sewel..”
5) “WTH” – setiap kali kereta lain masuk lane tak bagi signal ketika mood aku ok sikit.
6) “Hanjeng betol!” – ni kalau kejadian disebut di atas time aku bad mood.
7) “makkkk….zarul kan…dia kan…”


7 THINGS I TREASURE THE MOST

1) my family
2) my friends
3) my car
4) my watches
5) photo albums
6) my lappy (tho dia mcm sewel2 sikit)
7) owh..so many things…..


7 "FIRST TIME” THINGS I EVER DID

1) 1990 – memberontak sebab dapat adik dengan membocorkan bola pemberian orang kerana dengki.

2) 1995 – menjejakkan kaki ke Japan tanpa my parents

3) 2000 – bawak kereta tanpa lessen (kancil putih kepunyaan abg alon)

4) 1996 – masuk pertandingan nyanyi kat sekolah time hari kantin dan dapat no 2

5) 2008 – mengundi

6) 1998 or 1997 – tgk mini concert ; The Moffatts kat Sungei Wang

7) 2004 or 2005 – sambut new year dengan kawan-kawan sebelum dihambat balik oleh ayah….huhuhu

aku tak rasa mau tag sapa-sapa.

so siapa nak buat, sila lah jangan malu2 nanti melepas.