Sunday, March 29, 2009

lembu dan kambing di kampung

aku ingin bercuti.
takde hati mau kerja.





kaki ini mahu berjalan ke tempat2 peranginan.
tolong bawak daku.
=P


Wednesday, March 25, 2009

road not taken

haih.

aku jarang mengeluh sekarang.

tapi aku mahu mengeluh sepenuh hatinya hari ini.

aku berada di persimpangan.

bukan kerana cinta atau kehidupan lainnya.

kerja.

though i would like to travel both, i just cant.

should i take the road that less travelled or continue with my journey?

Monday, March 9, 2009

lemas. malas.

aku. aku. aku.

malas. malas. malas.

malas update. malas buat keje. malas baca buku. tapi tak malas g jumpa mok ira ngn zoa.

dan jumpa kawan baru.

itu sume tak malas.

ade malas sikit la.

malasnya.

Monday, February 23, 2009

kata company saya bekerja, Every Malaysian to be Financially Covered by ***

saya dah kata. saya suka tengok bola sepak, bukan?

petang tadi saya ke stadium bola sepak kuala lumpur, cheras. saya pergi menyokong pasukan bola sepak tempat saya bekerja. mereka masuk final; KL League. saya pakai t-shirt tertera nama syarikat, okay?

banyak yang mahu diperkatakan mengenai bola sepak negara. juga bola sepak yang saya menonton ini lah! tapi, siapa lah saya untuk memperkatakannya padahal seumur hidup saya ini hanya menyepak bola beberapa kali shj. haih.

apa2 pun, syarikat saya menang; 5 - 1.

ingatkan CEO nak kasi cuti esok. haih.





budak kecik ini suka saya.
betol.tk tipu.
dia akan menggelupur kalau nampak saya setiap kali kami jumpa atau saya ke rumahnya.
bila saya mahu pulang dia akan masuk bilik sebab merajuk.


saya menonton dengan penuh malu.

menang. 5 - 1.

komen: kurang mencabar.

***gaji sepattnya masuk hari ini. tapi tak masuk. kenapa eh?

Sunday, February 22, 2009

bruises

jiwa aku tidak lagi matey. aku sudah mampu bergelak ketawa tanpa serabut yang bersarang di kepala otak.

Thanks to my Creator, ALLAH. HE always listens. HE always here.

---------------------------------------------------------------------------------------------

one Chinese friend who believes she can predict 'things' told me while we were having our lunch at A&W after we borak2;

"leng lui....do whatever things that u are doing now. do not change job. do not pandai2 find other job at the moment. or you'll regret later. do not pandai2 involve in any serious relationship. if you believe whoever person that you feel that hes for you, stick to it. jgn pandai2 cari lain. friend-friend, okay. relationship, NO!"

WHAT?

i just laughed when i heard that.

silly.

"i dun have any special friend. tak pahtor pahtor maaaa.....", i replied.


**i had a great nite. hung out with my buddies. laughed about our old days. we were so silly then. gosh, i like my school years! Buddies, have a blast 18 years with y'all. Magnificent 10 - Together til eternity!

Saturday, February 14, 2009

i will always be a stalker. its just me.

kenapa manusia mengatakan kehidupan itu complicated dan tidak adil?

aku juga pernah berfikir begitu. dan masih setuju dengan istilah itu. kadang-kadang.

makin aku dewasa, aku tidak fikir kehidupan aku complicated. cuma kadang-kadang aku yang membuatkannya susah dan menyalahkan kehidupan. terutamanya bila aku tidak mampu dapat apa yang aku inginkan.

tapi seorang sahabat pernah berkata bahawa dalam kehidupan, kita takkan dapat semua yang kita inginkan. jika inginkan sesuatu, kita terpaksa lepaskan yang lainnya.

tapi bukankah manusia layak dapat apa yang mereka ingin dan impikan?

sahabat lain juga pernah menasihatkan supaya aku bekerja keras untuk mendapatkan apa yang aku inginkan.

tapi kadang kadang aku mengalah terlalu awal. aku terlalu takut untuk kalah maka aku beralah supaya aku tidak terasa sakit apabila kalah.

hakikatnya, ianya lebih memeritkan apabila aku tidak tahu bahawa peluang untuk menang atau dapat apa yang aku mahukan itu ada atau tidak. kerana aku tidak mencuba. atau mencuba tetapi separuh jalan.

ianya menyakitkan. dan complicated sungguh hidup ini.




** aku down. but i force myself to smile.

Friday, February 13, 2009

syorga

mahu apa yang orang lain mahu.

pernahkah kamoo semua mahu apa yang orang lain mahukan?

jika jiran sebelah rumah kamoo membeli perabot baru, maka mak kamoo mesti tidak senang duduk mahukan perabot baharu juga dan merengek2 sama bapa kamoo? (bukan mak aku. mak aku jimat tidak seperti diri ini.)

jika kawan baik kamoo mempunyai boyfriend/ girlfriend baru mesti kamoo juga mahukan pasangan untuk dibawa ke majlis tari menari sekolah kamoo.

jika teman chat kamoo mempunyai handphone baharu yang touch screen hati kamoo juga pasti melonjak2 mahukan yang seiras seperti itu.

jika colleague kamoo bakal di naikkan pangkat kamoo juga bekerja keras kerana mahu naik pangkat.

bukan?

atau adakah hanya aku?

aku mahukan apa yang si A ada, aku mahukan apa yang si B beli, aku mahukan apa yang si C dapat, aku teringin apa yang si D punyai.

mungkin sebab hormon. bukan?

mungkin aku terlalu berfikir benda yang remeh temeh.





**aku mahu itu. itu dan itu. susah benar nampak nya. tapi aku juga tidak berusaha utk mempunyai itu.