Sunday, January 27, 2008

berbahasa melayu bukannya mudah

Esok merupakan hari yang menentukan arah tuju hidup aku yang sebenar. Ujian hidup yang kesekian kalinya yang perlu ditempuh dalam perjalanan yang panjang ini. Aku mencongak- congak ketibaan hari ini 5 tahun yang lalu setelah kakiku dijejakkan ke menara gading. Akhirnya, alam pekerjaan akan aku tempuh jua. Walaupun pada tika dan saat ini aku masih ragu-ragu dengan peluang yang terbentang didepan mata dan juga keputusan telah yang aku buat, aku mengharapkan yang terbaik dapat aku berikan. Aku memang seorang yang ragu-ragu, seringkali teragak-agak dengan keputusan yang telah aku buat, tapi aku selalu berjanji memberikan yang terbaik – dan aku jarang sekali gagal walaupun sering hampir berputus asa. Begitu juga dengan keputusan yang telah aku buat ini walaupun ianya bukanlah diantara pilihan yang aku inginkan, tapi inilah yang terbaik pada masa ini. Aku mengharapkan apa yang aku impikan akan terbentang dihadapan mata sedikit hari lagi setelah aku mencuba nasib dengan pilihan ini.


Kedatangan aku ke Birthday Party Kak Murni tidak sia-sia kerana aku dihadiahkan segugus make up baru! Kak Yong (cousin) yang telah di inform oleh mak aku tentang keberjayaan aku di employed telah dengan bermurah hatinya memberikan make up dari Body Shop sebagai hadiah sempena aku memasuki alam pekerjaan. Aku jarang sekali bersolek tebal; hanya mengenakan moisturizer, foundation, bedak serta lip gloss ketika keluar bersosial. Aku hanya meletakkan eyeshadow atau eye liner dan sedikit blusher ketika mood aku baik atau ada waktu yang terlebih- yang mana jarang sekali ada waktu terlebih itu. Teringat aku ketika ke skool, awal- awal semester sahaja aku mengenakan make up yang lengkap serta berhigh heels. Kemudiannya aku menjadi orang yang sangat sempoi – jeans, t-shirt lama yang lusuh, selipar serta pakai yang asas sahaja (moisturizer +foundation + powder + chapstick).

Bagaimanakah agaknya cara aku bawa diri di tempat kerja nanti?


Pak Ngahaha tagged aku. Dan aku kemalasan untuk memenuhi permintaan tersebut kerna aku telah diyakinkan bahawa aku tidak kelakar seperti Pak Ngahaha yang bisa membuatkan pembaca hatta aku sendiri tergelak. Arakian, aku tidak mahu membuang masa banyak pihak.


...Kerinduan aku pada Khalis terubat.


Later~~


6 comments:

pjOyrawks said...

wahhh!!! bestnye dpt brg make up byk2 cmtu!! kyong..kyong..sy pon br keje:D malahan bday saye br saje lepas.. maka.. nk jugak adiah cmtu!! huhu..

liana said...

wah syoknye byk nye alat make up..

Anonymous said...

aku jeless!hehehe

Bulussan said...

org da bekeje... nnt gaji jgn lupa kat aku yg masih menelaah inip..
ngee~

ezwarazali said...

@pjoy: saya akan usulkan..

@liana: syok jugak...tapi saya mls nk makeup pagi2...ngantuk...

@iera: ala..suh la mr. pilot belikan... =P

@apachai: aku mmg igt kat ko...tapi ko jauh la...weh..ira dah dpt gaji..apa lagi! ajak dia blanja ko kopi bean ah! jgn lupa bwk aku skali....

Bulussan said...

dia tak dapat balik mggu nie...
nnt cuti thn baru cina, kuar suh dia blanje. hahahaha....

shayep student lagi. jadi duit pun tarak. miahahahaha