Sejak semalam aku mempunyai mood yang agak baik.
Bukan kerana berat aku kurang 1kg, tetapi disebabkan hari-hari aku bermula dengan indah; yakni tanpa kesesakan lalu lintas seperti biasa.
Mood dipagi hari pada aku sangat penting. Jika pagiku dimulai dengan perasaan ‘kelat’ maka ia akan terbawa-bawa hingga ke petang – selalunya.
Pagi tadi ketika memandu saga biru ku itu, aku tertanya, kenapa tiap kali cuti sekolah jalan akan sedikit lengang?
Bukan budak sekolah bawak kereta pun.
Jika hari sekolah pun tak berapa nk nampak bus sekolah yg menyebabkan jalan sesak.
Kalau nak kata parents hantar anak kesekolah, takkan begitu sesak?
Bila cuti sekolah kemana kereta2 itu pergi?
Selalunya untuk ke tempat kerja, aku mengambil masa hampir 1 jam; 7:00 keluar rumah, 8:00 sampai office.
Semalam dan harini – 7:30 keluar rumah, 7:55 sampai office.
Hebat bukan?
Esok mungkin aku akan cuba keluar lebih lambat untuk memastikan aku sampai jam 8:15.
Oleh itu, aku boleh melambatkan waktu tidurku untuk ini malam!
p/s: aku kini mempunyai fruitname & western name yang diberikan oleh officematesku - Cik Epal & Miss Lambchop. WTH? sungguh aku tak faham apa kaitan 2 makanan itu dengan aku?
2 comments:
ah haaaa
gila lah
cepat sungguh ye anda smpai
masa mula² keluar jam 8.30, smpai TPM dlm 10am. tapi sekarang, keluar jam 9.15, smpai 10.45. [aku saje dtg lambat. malas nak pegi keje]
Comella entry kali ni, cik apple!! Tehee :P
Post a Comment