Friday, November 16, 2012

bitter sweet

aku mungkin sweet pada kau

tapi bukan bermakna kau boleh tahi kan aku sebab kau tau setahi mana pun kau, aku akan menjadi sangat manis.

memang aku dilahirkan manis dan suka memaniskan.

itu memang aku.

tapi, janganlah kau menahikan aku.

sebab, bila aku mula menahi, aku akan berdosa.

aku dah cukup banyak dosa pada mak ayah aku dan juga sahabat-sahabat lain dengan menjadi anak paling degil dan sahabat mulut longkang dengan memberi nama panggilan 'bitc*' pada mereka; walaupun bitc* itu membawa maksud 'sayangku' dalam dictionary aku sebenarnya.

ah, mereka yang kenal aku sahaja kenal aku.

bottom line is, kau menahikan aku dan aku sakit hati.

Tuesday, October 30, 2012

ambil berat

manusia payah nak dimengertikan.

ada yang sombong nak mampos, tapi bila dah kenal, semua harta dia nak bagi dekat kau.

ada yang kedekut pahit, tapi rupanya ada kisah sedih di sebalik itu.

ada yang berlagak baik, macam dialah sahabat paling agung sekali, paling mengambil berat;

padahal, belakang kau...

jatuh cinta dengan bekas kawan kau tak ada salahnya. serius. tak salah.

yang salahnya bila kau buat mcm ni lah.

mcm ni lah.

salah.

salah sgt.

Thursday, October 25, 2012

terpanggil

aku terpanggil untuk menaip lagi.

dan aku tidak mahu lari lagi.

Wednesday, April 6, 2011

self-defense mechanism?

aku kejam kalau aku pijak kumbang kat tangga office aku yang duduk tenang tak mengganggu orang lain. aku kejam kalau aku berkata yang tidak benar tentang bertapa cantiknya baju yang kau pakai. aku kejam kalau aku tolak aje makcik yang menyapu lantai dan menghalang laluan aku ke toilet. aku kejam kalau meminjam wang dari kawan yang tidak mempunyai wang yang banyak dan tidak memulangkan semula. aku terfikir. pernah ke aku bertindak kejam pada diri sendiri? selalu. pernah ke aku bertindak kejam pada orang sekeliling? entah. aku mengiyakan apa yang mereka-mereka katakan walaupun aku tak bersetuju. aku kejam terhadap mereka. aku kejam pada diri sendiri. aku kejam. tapi aku juga di kejami.

Thursday, March 17, 2011

Tidak

kita nak burger, tapi rumah hanya ada roti
kita nak shopping, tapi wallet ada RM5
kita nak melancong ke eropah, duit cukup untuk ke manjung

dalam kepala nak banyak benda.

dalam hati hanya nak satu.

tapi,

jika kita menyimpan untuk beli burger, shopping dan melancong ke eropah,
Allah tak izinkan.
tak dapat.

aku pilih ini.
dia mungkin pilih itu.
kalau Allah kata Tidak,
maka TIDAK la jawapan dan kesudahannya.

Tuesday, March 8, 2011

en-route

kadang-kadang manusia boleh menjadi begitu pelik. kebanyakkan masa, manusia adalah pelik.

aku pelik dengan perangai orang sekeliling.

kadang-kadang aku juga pelik dengan diri sendiri.

cuba tanya diri, apa sebenarnya anda inginkan dalam hidup?

aku bertanya diri sendiri setiap hari, apa sebenarnya yang aku mahukan.

apabila diri mahukan sesuatu, kita sepatutnya berusaha ke arah apa yang kita mahukan.

tapi bukan semua manusia begitu. ada antara kita mahukan sesuatu, tetapi hanya duduk menunggu, berharap keinginan tu datang jatuh dari langit.

mungkin kerana tiada keyakinan pada diri sendiri.
mungkin kerana tiada moral support dari orang-orang kesayangan.
mungkin kerana takut susah.
mungkin kerana ego tinggi.
mungkin takut dimalukan.
dan seribu kemungkinan lagi.

manusia juga seringkali menyalahkan keadaan jika tidak tercapai apa yang manusia inginkan.

manusia juga seringkali berputus asa jika yang diharapkan menjadi tidak seperti yang diharapkan.

apabila kecewa, teruskan berharap.
doa tanpa henti.

namun manusia cepat berputus asa.
apabila doa tidak dijawab oleh-Nya,
berputus harap. kecewa lebih lagi.

mengapa tidak teruskan berdoa?
tapi, doa tanpa usaha sama seperti mengosok gigi tanpa colgate.
gigi bersih, tapi mulut tidak wangi.

tapi bagaimana bagi manusia yang berdoa dan berusaha?

tiada rezeki, kata mereka. mungkin belum.

manusia jugak tidak pernah puas dengan apa yang Dia telah beri.
manusia mahukan yang lebih, dan lebih lagi. dan lebih.

pada mereka yang berhenti pada titik mereka rasa cukup,
di katakan tidak bercita-cita tinggi atau mudah berpuas hati.
jika ada Myvi, mahukan Honda.
jika ada Guess, mahukan Tissot.
jika ada Nokia, mahukan Blackberry.
dan seterusnya.

menyedapkan hati sendiri, Manusia hanya mahu terlihatnya peningkatan hidup.
tapi untuk apa?
untuk siapa?
kepuasan diri?
bukankah manusia tak pernah puas?











aku hanya berkata tentang diri sendiri.


aku manusia yang pelik.

Monday, March 7, 2011

sakit.

kalau sakit perut,
pegi toilet.

kalau sakit gigi,
jumpa dentist.

kalau sakit pinggang,
gosok minyak panas.

kalau sakit mata,
pakai spek itam.

kalau sakit hati?

Monday, February 28, 2011

My Girls

have you ever asked yourself what is the difference between a good friend, a best friend and a friend?

i did.

i even asked myself whether i have mine.

i always have a few individuals with me. through my thick and thin.

we cried, we laughed, we cursed, we laughed some more and we cursed even more and more each day.

so,

which category should i classify them?






i guess i just can't.



because they are part of me.

Thursday, February 24, 2011

Duit dan Kasih Sayang

aku selalu cakap "wang bukan segala-galanya."

pada aku, duit memang bukanlah segala-galanya, walaupun segala-galanya atas muka bumi ini perlukan duit.

duit memang boleh beli cheesecake

duit memang boleh beli jersey harimau muda

duit boleh bayar saman

duit boleh bayar tol Putrajaya

duit boleh bayar tengok concert Maher Zain

duit boleh beli tilam Vono

duit boleh makan yang sedap-sedap

tapi duit tak boleh beli kasih sayang.

duit tak boleh beli cinta.

tabur duit, mungkin boleh dapatkan cinta. tapi cinta pura-pura.

di pergunakan sebab duit.

duit buat orang mengungkit.

duit porak perandakan rumahtangga.

duit buat orang menipu.

duit buat manusia bongkak.

duit jadikan manusia lupa daratan.

duit buat manusia muflis.






gaji aku Besok.

Monday, February 14, 2011

14th February

Kalau bukan tarikh ni pun,

hari-hari aku meraikan orang-orang sekeliling aku dengan kasih sayang.

dengan cara yang berbeza, menggunakan pendekatan berbeza, bahasa berbeza, lawak yang berbeza.

hanya orang bodoh je tak tahu appreciate kasih sayang aku dan tak nampak cara aku mencurahkan kasih sayang.

bila aku kata "bodoh la kau" maknanye aku sayang la tu.

bila aku tak cakap apa-apa mendengar lawak kau atau rungutan kau, mungkin kau patut risau.

Monday, February 7, 2011

grenade

when one put everything aside,

when one chose one over the rest,

one is crazy.

to be exact,

one never learnt any lesson.

Friday, January 28, 2011

kembali

dinding office ada Poster Konsep 5S:

Sisih (sorting)
Susun (straightening/ setting/ stabilizing)
Sapu (sweep)
Seragam (Standardizing)
Sentiasa Amal (sustaining)

Benda- benda begini maybe tak patut hanya diamalkan di office sahaja.

patut di aplikasikan dalam kehidupan peribadi jugak.

Aku.

Aku mengaku aku broken.

berderai

masih mengutip dan cuba menyambung.

tapi sia-sia.

masih sia-sia.

terus sia-sia.

aku patut sisih kan dia.

aku patut susun kembali hidup aku yang kucar kacir dek sebab seorang manusia

aku patut sapu semua kenangan yang aku sendiri tak pasti ianya ikhlas atau kepuraan

aku patut seragamkan balik kehidupan aku align dengan kehendak dan expectation aku.

aku patut sentiasa amalkan petua orang-orang lama untuk bahagia dan membahagiakan.

aku patut.

aku memang patut.

BACK TO SQUARE ONE.

Tuesday, January 25, 2011

datang dan pergi

duduk menghadap tingkap.

1 jam.

lebih 10 kapal terbang dah depart.

terus mengira.

dan mengira.

Monday, January 10, 2011

decision...

Next Monday marked as my last day in my work place.

The place I have learned so many things; how to deal with public professionally. – one of it.

Who would have thought I would be me as what I am today?

A person who were so low in confidence; managed to stand in front of strangers, many of them and delivered what she needs to deliver as part of her responsibilities?

She did that. For 3 years.

She is proud of herself.



I have done lots of thinking to decide which road should I take;

to take the highway – the road that I am familiar with; but a short cut to my dream car.

or

to take the country road – the road I have yet to explore; quite a long way if I want to live in a mansion.

Decision, decision, decision…


i hope i won't regret the made decision.

Good Luck, Me.



Tuesday, January 4, 2011

Manusia

Manusia tak pernah puas.

Di katanya;

Duit tak pernah cukup.

Masa tak pernahnya lapang.


Mesti ada sebabnya Rasulullah S.A.W bersabda “berhentilah makan sebelum kenyang”


Tapi,


Manusia makan selagi boleh.

Tidur seboleh-bolehnya sampai tengah hari. Petang tidur lagi.

Lelaki (tak semua) kalau boleh isteri mahu semaksimum yang mampu.

Perempuan (tak semua) barang kemas semahal yang mungkin.

Gf/bf nak seramai dan secantik/sehensem dan se HOT yang boleh.

Kerete mahu yang mahal sahaja. Hutang liat mahu bayar.


Kerja?


Cakap sudah buat sedaya upaya.

Sudah usaha.

Manusia tak pernah puas.

Monday, December 27, 2010

Selamat Datang

Satu tahun lagi akan berlalu dalam sejarah hidup semua manusia,

termasuk aku.


2010.

Tahun mengajar aku menjadi lebih matang.

Tahun mengenali diri.

Tahun terbuka hati menjadi lebih baik.

Tahun menjadi dewasa dan berasa dewasa.

Tahun di habiskan dengan penuh cinta;

Kepada ibu bapa, keluarga, sahabat, rakan, DIA yang 1.

Banyak kekurangan, tapi mereka di sekeliling melengkapkan mana yang kurang.

TERIMA KASIH.


2011.

Moga menjadi lebih matang.

Moga lebih kenali diri sendiri.

Moga terus ingin jadi lebih baik.

Moga kedewasaan membantu aku membuat keputusan dengan lebih bijak.

Moga tahun 2011 penuh dengan cinta. Lebih dari tahun sebelumnya.

Moga mereka tetap ada untuk terus melengkapkan.

Moga aku sentiasa ada untuk berbuat yang sama.


SELAMAT DATANG TAHUN 2011.

Tuesday, December 7, 2010

Hijrah

im moving forward.

Tuesday, November 23, 2010

happy ending

"i wish i could go back and change my past; so i can have a better today"




thats the words came out suddenly.

not that i regret my past. i just wonder who would i be today, if i do better in my past.

mungkin doctor ke aku sekarang?

who would i become if i make wiser decision last time.

how much money would i have now if start to save from the first salary that i earned.

what car would i drive, if i chose not to drive what i have now.

with whom would i be with if i met and choose the right person to give my heart to.



but


i am blessed to have what i have now.

job that give me the opportunity to meet people and travel around.

car that i pay with my own hard earned money.

enough cash to pay my bills and makes my parents happy.

be with people that i treasure so much.

and have a chance to love someone,

though its end not as like what i wrote in my own happy ending story.

Tuesday, November 9, 2010

(kering)

pernah tak korang makan nasi dengan kicap dengan telor mata kerbau?

terbaik kan?

pernah korang korek idung depan orang ramai?

tak kot kan?

selalu orang korek idung sorok2.

macam boss aku.

suka korek idung time leka buat kerja atau baca email.

bila aku ketuk pintu nak masuk dia berlakon steady.

mana ada orang korek idung terang-terangan.

macam buat jahat atau benda nakal jugak.

buat sorok-sorok.

supaya orang tak tau.

tapi, orang macam aku, aku akan tau jugak kalau korg sorok pun.

sebab?

ntah.

mungkin its gifted.

orang cakap memang betol

bad habits, die hard.

now aku percaya.

sangat percaya.

teruskan la korek idung tu, sbb orang tak nampak.

tapi Tuhan nampak.

Saturday, November 6, 2010

sepak mula

lama tak tengok bola dari mula sepak mula (kick-off).

sekarang tengah tengok.

mungkin sekarang aku mahu mulakan semua dari mula.

macam aku tengok bola sekarang.