Friday, December 7, 2007

mengetagged

i've been tagged. apakah yg aku buat salah sehingga d tag? hehe... since tada buat ape ni aku layannnn je la...

"The Rules:

1. Link to your tagger and post these rules.
2. List eight (8) random facts about yourself.
3. Tag eight people at the end of your post and list their names (linking to them).
4. Let them know they’ve been tagged."

8 random facts about me.


1. Saya suke baju berwarna merah dan pink.
jika anda prihatin, anda akan selalu melihat saya didlm baju berwarna itup. sy ada bju yg sgt byk berwarna merah dan pink. bukanla kerana saya rasa kiut apabila memakai baju kaler pink atau merasa sgt berani ketika berbaju merah. tapi saya amat suke 2 kaler tersebut, tetapi merah tuh mungkin kerana saya suke MANCHESTER UNITED kot. tapi kaedahnye saya mmg menggemari 2 kaler tersebut.

2. saya jarang saket.
tetapi awas! jika saya jatuh saket seperti demam dan sebagainya ianya akan mengambila masa yg lama dan melarat2. jadi, mak dan ayah saya akan memestikan saya mengelakkn diri dari jatuh saket. (mcmmana tuh? adela rahsianya.... =P )

3. saya tidak suka durian.
saya benci bau durian. mcm bau kentot!

4. saya tak suka mandi laut, sungai atau air terjun.
benar! saya tidak suka. kerana saya amat benci nnt pasir2 masuk dlm poket seluar. saya benci apabila ianya terjadi. maka saya lebih selesa bermandi dirumah sahaja atau d swimming pool walaupun rambut sy akan mengeras dek klorin di kolam itu.

5. kulit saya sensitip terhadap lecak.
oleh itu saya akan elakkan keluar rumah apabila hujan kerana air hujan atas jalan tu akan menggatal2kan kaki saya. saya juga akan elakkan diri berada di tanah apabila balik kampong. bukan sbb saya anak org bandar atau tidak..tapi saya tidak berapa mengemarinya kerna kaki saya akan gatal2.

6. saya suka minum mineral water spritzer sahaja.
saya hanya akan minum mineral water berjenama spritzer sahaja. jgn tanya kenapa. sbb saya sendiri tidak tahu mengapa. dan di kepala katil saya akan ada at least sebotol air mineral ketika tidur. jika balik kampong atau tidur rumah sedara atau hotel. saya akan memastikan akan ade mineral water berhampiran saya supaya saya boleh minum ketika terbangun dtgh malam.

7. saya merupakan peminat setia Backstreet Boys dan NSYNC.
jgn gelak! benar. saya jatuh chenta dgn AJ Mclean (BSB) dan JC Chazes (NSYNC) hingga ke hari ini. saya hapal kesemua lagu2 mereka2 ini. sehingga kehari ini.

8. saya seorg yg kasar dan manja.
walaupun org mengatakan saya nmpk lembut, hakikatnya saya adalah seorg yg kasar. saya juga nmpk garang hakikatnya tidak la begitu sgt. apabila berbicara dgn rakan2 saya dgmbrkan seorg yg tegas dan kasar. namun, apabila anda tiada, saya amatlah mengada2 ketika berbicara dgn mak atau ayah saya dan juga adek terchenta saya. sehinggkan org lain menyangka sy merupakan anak bongsu. mak saya kata saya mengada2 yg kasar. bagaimanakah itup?


nk 8 je kan? igt nk bg 12 tadi..takpe..kita sambung dilain hari. saya nk tag sape plak nih mok? saya tiada rakan yg ramai di blog ini yg memungkinkn saya mengetag mereka. tapi saya cuba.

wahai org2 ini, anda di tagged oleh saya, ok?

1. bayahbayot.
2. farahayuni.
3. kittysyazana.
4. sejok.
5. abby.
6. tyaberrymore
7. JD kak Jah
8. Lucaka Djiwa.

out~

No comments: