Wednesday, April 16, 2008

ini bulan april


bad bad bad!


petang tadi hujan bukan? ya! hujan!

sedang aku berkira2 mahu merendahkan lagi kerusi untuk menyorok sedikit dari dilihat oleh orang-orang depan kerana mata aku agak kuyu sebab mengantuk dlm kesejukan...

email alert:
" (dlm bhs inggeris) dimaklumkan bhw paras air naik di tempat parking bersebelahan bangunan MAA. sila alihkan kereta anda ke tempat yang lebih selamat"

aku yang mengantuk terus segar bugar. Sh*T...tolong jangan tenggelamkan saga biruku itu!

dalam kemenggelabahan dan berdoa dalam hati berbekalkan payung yang dipinjamkan oleh rakan pejabat, aku turun dari tingkat 15 ke ground floor dan keluar ke tempat parking dimana keadaan huru hara dengan orang-orang yang nak alihkan kereta mereka (termasuklah aku)

melihat keadaan di parking field, aku mengucap panjang. mata terus melilau mencari frankie ku.

demmit!

(dalam hati: tunggu frankie! kita akan selamatkan awak!!!!)

tanpa berfikir panjang aku menaikkan kain baju kurung hijau raya ke3 aku sampai paras lutut dan menuju ke arah frankieku yang hampir lemas...maka terlihatla betis aku yg mulus itu..ah! aku tak kira sahaya ianya dilihat abg parking yang mcm pervert itu.

aku teringat pesan sofia "kalau air dah masuk ekzos, jgn start enjin"

sesampai ke frankie dan kakiku tenggelam hingga paras separuh betis, aku tengok ekzos dulu.

"fuh! Allah memang sayangkan aku!" air betul2 bawah ekzos. air naik sampai paras bwh pintu.

dengan tekat dan dedikasi aku membuka pintu kereta dengan rakus untuk menyegerakan operasi menyelamatkan frankie.

demmit! lantai penuh air! boleh bela ikan ok?

tapi aku masih bernasib baik kerana ini bulan april. frankie masih boleh dihidupkan dan aku dengan berbekalkan pengalaman memandu selama hampir 5 tahun meredah air banjir itu dan mengeluarkan frankie dari dataran itu ke tempat lebih tinggi yakni di seberang jalan.

aku berjaya! tapi air masih bertakung dilantai kereta...sekiranya ia tidak surut pada masa aku ingin pulang jam 5.15 nanti, aku bercadang untuk menyanyi lagu "teratai layu di tasik madu dan lagu ikan kaloi" sambil menepuk-nepuk air sambil memandu sepanjang perjalanan pulang..

selepas operasi menyelamat

email alert:
(dalam bhs inggeris) "ATTN: tuan punya honda jazz biru dan wira sedan, air sudah naik separuh dari kereta anda. tuan punya Vios hitam, air sudah separuh tayar anda."

aku sungguh bertuah kerana ini bulan april! kereta2 itu selang beberapa kereta dari frankie!

530 ptg - tidak perlu menyanyi.


** kotak-kotak kasut di lantai kereka semuanya basah dan perlu di buang. esok dah kering pasti kereta itu bau busuk! ah! kalau bukan kerana perempuan itu, pasti aku masih parking didalam bangunan! sungguh busok mulut dia! perempuan busok!


5 comments:

Anonymous said...

Bahaya evryday ujan. Canggih laa MAA ade email alert camtu...Unitar takde pon.

ezwarazali said...

apa yg sanggeh nye kak wai? email pakai outlook tu..

Bulussan said...

saga biru mu itu aku sudah tiup dgn jampi.. sebab tu tak tenggelam
eh... aku rindu la mau ym dgn ko. sgt letih bila pulg dr keje. ini mlm manu lwn hitam terbakar...

pjOyrawks said...

hahaha!! mok! jgn tepok2 air smbil nyanyi la! tp kalu nk nyanyi gk..aku prefer lagu ikan kaloi! luckily frankie slamat..

ezwarazali said...

@bulus: ya? naseb ada yew! kalau tak mesti ai menangis sampai banjir seluruh KL..aku tgk Game MU semalam, ref itu mmg terima berbakul cacian dr aku! hambek dia!babap dia!

@pjoy:i tak igt lirik sebenarnya ikan kaloi tuh...hik hik...syukur..lepas ni ai nk naikkan spring balik..and tukar dgn tayar lori..sah air tak masuk..kan?